Make your own free website on Tripod.com
 :: Pengenalan
 :: Pentadbiran
 :: Akademik
 :: Hal Ehwal Pelajar
 :: Kemudahan
 :: Galeri
 :: Alumni Kolej
 :: Konvokesyen
 :: Hubungi Kami
 :: Kerjaya di KIDR
Hak Cipta Terpelihara © 2006 Kolej Islam Darul Ridzuan
:: KAMPUS
KAMPUS INDUK

Kampus Induk terdiri dari 2 bangunan yang disewa daripada Majlis Agama Islam Perak sebanyak RM 5,000.00 sebulan.

KAMPUS KEDUA

Kampus Kedua mempunyai empat (4) blok bangunan Kerajaan Negeri Perak  iaitu Blok A Pengajian Usuluddin dan Syariah, Blok B Pengajian Bahasa, Blok C Pengajian Teknologi Maklumat dan Blok D Pengajian Perakaunan dan Perbankan.

BILIK KULIAH

Bilik kuliah yang terdapat di kolej adalah berhawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Terdapat sebanyak 1 bilik kuliah muatan 20 orang, 6 bilik kuliah muatan 40 orang, 3 bilik kuliah muatan 60 orang. Kesemuanya berhawa dingin.

DEWAN KULIAH

Dewan Kuliah Utama (DKU) boleh menempatkan seramai 80 orang pelajar dalam satu masa.

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan yang terdapat di kolej adalah berhawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Terdapat sebanyak 20,000 naskah buku dalam pelbagai bidang pengajian. Disamping itu bahan-bahan pandang dengar yang terdiri daripada CD, pita video, pita audio, filem gelung dll terdapat sebagai koleksi perpustakaan. Bahan-bahan rujukan lain seperti jurnal, makalah, tesis dan bahan galeri kolej juga disimpan sebagai rujukan. Sistem pengkatalogan menggunakan sistem pengkelasan LCC. Sistem ILMU UiTM digunakan sepenuhnya dalam proses pengkatalogan, sirkulasi dan pencarian bahan (OPAC).

Terdapat 3 buah Makmal Komputer/ Maltimedia/ Bahasa iaitu satu di Blok Perpustakaan yang menempatkan 20 unit komputer untuk kegunaan semua pelajar. Satu terdapat di Blok C khusus untuk Multimedia yang menempatkan 22 unit Komputer Multimedia. Satu lagi terdapat di Blok Pentadbiran yang menempatkan 21 unit Komputer Multimedia dan Alat Bantuan Bahasa khusus bagi pengajian Bahasa dan Multimedia.
MAKMAL KOMPUTER
MAKMAL MULTIMEDIA / MAKMAL BAHASA
KEMUDAHAN LAIN
Selain daripada itu, Kolej Islam Darul Ridzuan juga menyediakan kemudahan Bilik Mesyuarat, Bilik MPP, Surau Lelaki dan Surau Perempuan, Kantin, 3 Gelanggang Takraw, 3 Gelanggang Badminton, 2 Gelanggang Bola Tampar dan Bola Jaring, Peralatan Sukan dan Kebudayaan.